26 May 2011

RUMAH KOTAK MAHIRAH


Hari ini kawan-kawan akan bermain di rumah Mahirah. Mahirah menunggu kawan-kwan di depan rumah.dia tidak sabar hendak bermain dengan kawan-kawan. Mahirah nampak Sabrina, Shakira dan Shuhada.

''Mari main di bilik  Mahirah".

Mahirah dan kawan-kawan bermain dengan gembira.hari sudah petang.mahirak dan kawan-kawan hendak pergi ke taman.

"Mahirah!kemaskan dulu permainan kamu".

"Mahirah hendak pergi ke taman dulu''.

Ibu kemaskan semua barang yang bertaburan.selepas makan malam,ayah panggil Mahirah.

"Mahirah,lain kali kemaskan bilik kamu selepas bermain".

"Baiklah ayah.Mahirah tak tak akan sepahkan bilik Mahirah lagi" janji Mahirah.

Petang esoknya kawan-kawan Mahirah datang lagi.selepas bermain di bilik,Mahirah berlari pergi ke taman. Dia tidak kemaskan barang permainan yang bersepah-sepah.

"Esok Mahirah tak boleh main di bilik lagi".kata ibu.

"Ya,esok Mahirah boleh main di halaman saja",kata ayah.

Pagi-pagi esok,ayah sudah buatkan rumah kotak untuk Mahirah. Rumah kotak Mahirah dibuat daripada kertas.ayah letakkan rumah kotak Mahirah di halaman. 

"Wah! cantiknya rumah kota Mahirah". kata  Mahirah. 

"Mulai hari ini mahirah boleh main rumah kotak ini di halaman". kata ibu. 

"Tapi rumah kotak ini rumah kertas. Mahirah mesti simpan dan kemaskan lepas bermain", kata ayah. 

Mahirah sangat gembira. dia letak anak patung dan barang permainan dalam rumah kotak. Selepas main, Mahirah kemaskan rumah kotak. 

"Ibu, boleh mahirah ajak kawan-kawan main dalam rumah kotak?"

"Boleh, tapi mahirah mesti kemaskan selepas bermain."

"Baik ibu."

Pagi-pagi lagi, Mahirah telefon ajak kawan-kawan. Petang itu Sabrina, Shakirah, Shuhada dan Mawadah datang ke rumah Mahirah. Mereka main dengan gembira. Hari sudah senja. Kawan-kawan Mahirah sudah pulang. Mahirah rasa sungguh letih. Selepas makan malam, Mahirah terus masuk tidur.Mahirah terlupa simpan dan kemas rumah kotak. Malam itu hujan turun dengan lebat sekali. Guruh berbunyi berdentum-dentum. Miko tidur dengan lena.

"Kringgggg...."

Jam loceng Mahirah berbunyi. Mahirah bangun dan duduk di katil. Mahirah buka tingkap bilik untuk menyedut udara pagi. Mahirah terpandang rumah kotak. Dia terkejut dan cepat-cepat berlari keluar. 

"Ayah!! Ibu!!!."

Ibu dan ayah cepat-cepat keluar. Mereka terkejut melihat rumah kotak. 

"Sudahla, jangan menangis lagi". 

"Lain kali Mahirah mesti kemaskan dan simpan semua permainan selepas bermain." Mahirah rasa sungguh menyesal.

PADAN MUKA MAHIRAH...........

gambar sekadar hiasan

0 comments:

Post a Comment