26 May 2011

hye semua


Hai kawan-kawan. Dah baca ke cerita rumah kotak tu. Dah lama rasanya kita tak jumpa. Sekarang dah musim cuti, kawan-kawan buat apa kat rumah sekarang ne?? mesti tengah best tengok tv kan. Kawan-kawan nak tahu tak sebelum cuti sekolah. saya sibuk sangat dengan peperiksaan. mana dengan sekolah dan juag kafa. dua2 ada periksa. masa periksa tu kawan-kawan tahu tak matematik dengan dengan music susah sangat. yang mat tu soalan last dia kan buat saya pening. music pulak tiba-tiba ada not yang tak pernah belajar pun ada dalam periksa. yang lain tu ok la. semua boleh jawab. tapi yang paling best BM dengan BI. mintak2 dapat 100%.

masa kat kafa pulak. semua nya senang la. dan harap-harap tahun ni dapat naik pentas lagi ambil hadiah dekat anugerah cemerlang lagi.macam tahun lepas tu. kemarin petang ada latihan taekwando dari pukul 4 sampai pukul 6 petang. penat sangat sampai kafa pun tak pergi. oh ya sebenarnya kami buat latihan taekwando untuk persembahan pada hari sukan nanti. Hari ahad masa bukak sekolah nanti tu.ada latihan lagi untuk taekwando pada pukul 3.30 petang.mesti penat kan kawan-kawan.

ok la kawan-kawan saya dah penat. nanti kita jumpa lagi ya.byebye

RUMAH KOTAK MAHIRAH


Hari ini kawan-kawan akan bermain di rumah Mahirah. Mahirah menunggu kawan-kwan di depan rumah.dia tidak sabar hendak bermain dengan kawan-kawan. Mahirah nampak Sabrina, Shakira dan Shuhada.

''Mari main di bilik  Mahirah".

Mahirah dan kawan-kawan bermain dengan gembira.hari sudah petang.mahirak dan kawan-kawan hendak pergi ke taman.

"Mahirah!kemaskan dulu permainan kamu".

"Mahirah hendak pergi ke taman dulu''.

Ibu kemaskan semua barang yang bertaburan.selepas makan malam,ayah panggil Mahirah.

"Mahirah,lain kali kemaskan bilik kamu selepas bermain".

"Baiklah ayah.Mahirah tak tak akan sepahkan bilik Mahirah lagi" janji Mahirah.

Petang esoknya kawan-kawan Mahirah datang lagi.selepas bermain di bilik,Mahirah berlari pergi ke taman. Dia tidak kemaskan barang permainan yang bersepah-sepah.

"Esok Mahirah tak boleh main di bilik lagi".kata ibu.

"Ya,esok Mahirah boleh main di halaman saja",kata ayah.

Pagi-pagi esok,ayah sudah buatkan rumah kotak untuk Mahirah. Rumah kotak Mahirah dibuat daripada kertas.ayah letakkan rumah kotak Mahirah di halaman. 

"Wah! cantiknya rumah kota Mahirah". kata  Mahirah. 

"Mulai hari ini mahirah boleh main rumah kotak ini di halaman". kata ibu. 

"Tapi rumah kotak ini rumah kertas. Mahirah mesti simpan dan kemaskan lepas bermain", kata ayah. 

Mahirah sangat gembira. dia letak anak patung dan barang permainan dalam rumah kotak. Selepas main, Mahirah kemaskan rumah kotak. 

"Ibu, boleh mahirah ajak kawan-kawan main dalam rumah kotak?"

"Boleh, tapi mahirah mesti kemaskan selepas bermain."

"Baik ibu."

Pagi-pagi lagi, Mahirah telefon ajak kawan-kawan. Petang itu Sabrina, Shakirah, Shuhada dan Mawadah datang ke rumah Mahirah. Mereka main dengan gembira. Hari sudah senja. Kawan-kawan Mahirah sudah pulang. Mahirah rasa sungguh letih. Selepas makan malam, Mahirah terus masuk tidur.Mahirah terlupa simpan dan kemas rumah kotak. Malam itu hujan turun dengan lebat sekali. Guruh berbunyi berdentum-dentum. Miko tidur dengan lena.

"Kringgggg...."

Jam loceng Mahirah berbunyi. Mahirah bangun dan duduk di katil. Mahirah buka tingkap bilik untuk menyedut udara pagi. Mahirah terpandang rumah kotak. Dia terkejut dan cepat-cepat berlari keluar. 

"Ayah!! Ibu!!!."

Ibu dan ayah cepat-cepat keluar. Mereka terkejut melihat rumah kotak. 

"Sudahla, jangan menangis lagi". 

"Lain kali Mahirah mesti kemaskan dan simpan semua permainan selepas bermain." Mahirah rasa sungguh menyesal.

PADAN MUKA MAHIRAH...........

gambar sekadar hiasan

16 May 2011

tentang abang saya

saya ada abang. abang saya bernama shauki.abang suka naik motocross saya pun nanti nak naik motocross juga tapi sekarang dia tak naik dah sebab dia kerja kat KL saya pun rasa tak best la.kalau abang saya balik pun kadang-kadang ja.KL kan jauh.tapi tapi sekarang saya rasa kecewa la sebab bila saya telefon abang saya dia cakap "nanti abang telefon balik" lepastu dia tak telefon pun .kalau dia telefon pun masa saya dah tidur.nanti saya  tunjuk gambar abang saya yang hitam tu,

masa dia kecil

masa berlompat tak pegang handle

nampak tak gigi saya memang tak nampak sebab saya tak  ada gigi

sedia untuk mendaki bukit

tempat pertama jatuh kepada mahirah

handsome tak abang saya. hehehe..tapi dia baik la suka beli macam-macam walaupun saya tengah kecewa.

byebye semua. nanti kita jumpa lagi.nak main game pulak ne.

pertama kali naik kuda

pada hari itu saya pergi sekolah kakak saya.saya pergi bilik darjah kakak saya iaitu 5 cekal.selepas saya turun saya beli burger.lepastu saya duduk kat bawah pokok saya ternampak kuda,kakak saya cakap "kalau tak naik rugi" saya pun cakap balik "ok" saya pun pergi naik.saya naik rasa gayat.lepastu kakak saya cakap best tak., saya   cakap best la.nanti saya letak gambar ok.

takut nak naik

chessee

















ok byebye kawan2. kawan2 kena naik kuda tau. mesti mencuba sebab sangat seronok.

15 May 2011

bestnya kalau jadi perempuan ini.



alangkah seronoknya kalau saya jadi seperti perempuan ini boleh duduk atas riba jb,
jb cium dan bagi bunga kat dia, jb peluk
dan dapat pergi konsert dengan tiket free.best kan

semuanya mesti best kalau saya jadi perempuan ini.

jb datanglah rumah saya pulak.

selamat menonton kawan2.

5 May 2011

tentang kakak saya


Hari ini sangat bertuah kerana kakak saya balik rumah .Dia cuti sampai bulan sebelas.Saya syok sangat.Kakak saya bawak balik barang yaang banyak.Tapi bulan enam kakak saya ada taknikal saya pun rasa tak syok la.Kawan2 kakak saya ada beli mainan dan baju tidur dekat saya dan aishah,mainan tak beli la kat aishah cuma saya ja kakak saya beli hehehe.Kakak saya sangat syok kerana bertemu dengan keluarganya.Masa kat UITM saya pergi la kat bilik kakak saya tapi saya ketuk pintu tak jawab saya buka pintu tak kunci kipas dok berpusing pula tu saya apa lagi turun bawah la lepastu saya telefon rupa-rupanya dia pi bilik kawan dia.Lepas saya balik kami pun singgah di C MART saya masuk dalam c mart.Saya pun jumpa kawan kakak saya namanya ialah Maria.Nasib aishah memang malang aishah tak boleh masuk dalam c mart tu.Ok kawan2 ceritanya dah habis bye2.............

SHARKBOY

sharkboy ialah manusia. ayah dia sedang mencari dia di lautan. kawan-kawan nak tahu tak kenapa saya cakap sharkboy tu manusia? ok mari saya cerita kisah tentang sharkboy

sharkboy

pada suatu hari datanglah angin yang sangat ribut itu. kemudian,  sharkboy dan ayhnya berpisah sebab angin yang ribut itu dan adalah seekor ikan yu, hanya seekor sahaja yang kenal pada sharkboy. lepas itu ikan yu itu membawa sharkboy ke rumah mereka. kini sharkboy ada keluarga baru iaitu ikan yu. masa itu, sharkboy masih kecil lagi. ikan yu itu tunjuk dekat sharkboy cara nak berenang. akhirnya sharkboy dah pun pandai berenang macam ikan yu itu. pada suatu hari sharkboy pun tumbuh insang dan gigi yang tajam macam ikan yu. begitu juga dia tumbuh sirip. dan pada hari ada seorang lelaki bertemu dengan sharkboy. sharkboy telah sesat dan dia bawa sharkboy ke rumah dia. orang itu pun letak sharkboy di dalam tub mandi. lepas itu sharkboy pun berenang lah ke dalam itu. pada suatu hari, lavagirl sedang mencari sharkboy dia cakap dekat sharkboy "JOM BALIK KE NEGERI KITA". 

kawan-kawan nak tahu tak lavagirl itu adalah kawan karin sharkboy. kawan-kawan nak tengok tak gambar sharkboy yang kecil dan yang dah besar. tengok di bawah ye.


ini sharkboy ketika kecil

sharkboy dah besar. handsome


inilah cerita sharkboy dan lavagirl
byebye kawan-kawan. jumpa lagi

hye there. this is mahirah's kakak

you are now with mahirah's kakak. you all gonna meet her after this because right now she having a taekwando class session.  all the designed and the blog was created by her kakak because her kakak don't want people to make any mess at her blog. so her kakak created this blog special and owned permanently by mahirah. you all gonna have fun and enjoy with her story. she has many thing to shared because she has been growth in the challenging world. so see you soon. owh sorry see mahirah soon.

bye.

ADIK RINDU KAKAK

Kakak adik rindu kan kakak dan adik sayang kan kakak lagipun adik nak lagi shushi sosej berkeju, sedap juga kakak buat kan tu. Kakak nanti kakak balik pula kita buat tau.Kakak adik dah tak sabar nak pergi korea,adik rasa macam nak pi sekarang ja,nanti adik jadi pramugari nanti adik boleh pi mana2 ja kan kakak adik dah tak larat nak tulis dah ni bye2 kakak I LOVE YOU...........

TO KAKAK BLOG

Kakak kalau nak pi korea kena tunggu kakak kerja dulu ka kalau macam tu lambat lagi ka nak pi korea.Kakak bila kakak nak balik,adik rindu kakak la kadang2 ada juga tak rindu.Kakak adik sayang kakak,kakak sayang adik tak.