23 Jun 2011

penang with love


hai kawan2 ini cerita saya pergi penang saya pergi main  pantai. saya main syok sangat sebab ombak mai.lepas tu saya pergi pantai miami kat situ banyak batu . saya pi masa cuti sekolah hari jumaat.dengan kakak,makchaq,pakchaq dan aishah.saya akan tunjuk gambar saya pergi ada di bawah tau.tengok jangan tak tengok.


masa dalam kereta

tunggu air pantai mai

baru sampai

nak buat istana pasir

dah siap istana pasir

nak terjatuh

ombak sudah datang

penakut dengan ombak

kena kaki saja

air ombak mai macam kain selimut

tunggu ombak mai las sekali kena sikit

aishah

saya takut

aishah kena pengang sebab saya takut

rasa best

istana pasir yang kedua 

main pasir

ombak tak datang lagi

bestnya tidur

aishah duk tidur

lalalalllalallallalal

ombak nak bawak lari

pose maut

nampak saya tak

teka mana aishah

tiga

tiga lagi

tiga lagi lagi 

berjemur

katak

bye2 batu feringgi

selamat datang miami bay



aishah duduk kat batu saya main

blablabla

comel tak

berani sikit la

ombak

pemandangan

saya pergi korea nampak tak bas korea tu. ala yang jeremy naik u r beautiful 

selamat menonton bye2.

26 May 2011

hye semua


Hai kawan-kawan. Dah baca ke cerita rumah kotak tu. Dah lama rasanya kita tak jumpa. Sekarang dah musim cuti, kawan-kawan buat apa kat rumah sekarang ne?? mesti tengah best tengok tv kan. Kawan-kawan nak tahu tak sebelum cuti sekolah. saya sibuk sangat dengan peperiksaan. mana dengan sekolah dan juag kafa. dua2 ada periksa. masa periksa tu kawan-kawan tahu tak matematik dengan dengan music susah sangat. yang mat tu soalan last dia kan buat saya pening. music pulak tiba-tiba ada not yang tak pernah belajar pun ada dalam periksa. yang lain tu ok la. semua boleh jawab. tapi yang paling best BM dengan BI. mintak2 dapat 100%.

masa kat kafa pulak. semua nya senang la. dan harap-harap tahun ni dapat naik pentas lagi ambil hadiah dekat anugerah cemerlang lagi.macam tahun lepas tu. kemarin petang ada latihan taekwando dari pukul 4 sampai pukul 6 petang. penat sangat sampai kafa pun tak pergi. oh ya sebenarnya kami buat latihan taekwando untuk persembahan pada hari sukan nanti. Hari ahad masa bukak sekolah nanti tu.ada latihan lagi untuk taekwando pada pukul 3.30 petang.mesti penat kan kawan-kawan.

ok la kawan-kawan saya dah penat. nanti kita jumpa lagi ya.byebye

RUMAH KOTAK MAHIRAH


Hari ini kawan-kawan akan bermain di rumah Mahirah. Mahirah menunggu kawan-kwan di depan rumah.dia tidak sabar hendak bermain dengan kawan-kawan. Mahirah nampak Sabrina, Shakira dan Shuhada.

''Mari main di bilik  Mahirah".

Mahirah dan kawan-kawan bermain dengan gembira.hari sudah petang.mahirak dan kawan-kawan hendak pergi ke taman.

"Mahirah!kemaskan dulu permainan kamu".

"Mahirah hendak pergi ke taman dulu''.

Ibu kemaskan semua barang yang bertaburan.selepas makan malam,ayah panggil Mahirah.

"Mahirah,lain kali kemaskan bilik kamu selepas bermain".

"Baiklah ayah.Mahirah tak tak akan sepahkan bilik Mahirah lagi" janji Mahirah.

Petang esoknya kawan-kawan Mahirah datang lagi.selepas bermain di bilik,Mahirah berlari pergi ke taman. Dia tidak kemaskan barang permainan yang bersepah-sepah.

"Esok Mahirah tak boleh main di bilik lagi".kata ibu.

"Ya,esok Mahirah boleh main di halaman saja",kata ayah.

Pagi-pagi esok,ayah sudah buatkan rumah kotak untuk Mahirah. Rumah kotak Mahirah dibuat daripada kertas.ayah letakkan rumah kotak Mahirah di halaman. 

"Wah! cantiknya rumah kota Mahirah". kata  Mahirah. 

"Mulai hari ini mahirah boleh main rumah kotak ini di halaman". kata ibu. 

"Tapi rumah kotak ini rumah kertas. Mahirah mesti simpan dan kemaskan lepas bermain", kata ayah. 

Mahirah sangat gembira. dia letak anak patung dan barang permainan dalam rumah kotak. Selepas main, Mahirah kemaskan rumah kotak. 

"Ibu, boleh mahirah ajak kawan-kawan main dalam rumah kotak?"

"Boleh, tapi mahirah mesti kemaskan selepas bermain."

"Baik ibu."

Pagi-pagi lagi, Mahirah telefon ajak kawan-kawan. Petang itu Sabrina, Shakirah, Shuhada dan Mawadah datang ke rumah Mahirah. Mereka main dengan gembira. Hari sudah senja. Kawan-kawan Mahirah sudah pulang. Mahirah rasa sungguh letih. Selepas makan malam, Mahirah terus masuk tidur.Mahirah terlupa simpan dan kemas rumah kotak. Malam itu hujan turun dengan lebat sekali. Guruh berbunyi berdentum-dentum. Miko tidur dengan lena.

"Kringgggg...."

Jam loceng Mahirah berbunyi. Mahirah bangun dan duduk di katil. Mahirah buka tingkap bilik untuk menyedut udara pagi. Mahirah terpandang rumah kotak. Dia terkejut dan cepat-cepat berlari keluar. 

"Ayah!! Ibu!!!."

Ibu dan ayah cepat-cepat keluar. Mereka terkejut melihat rumah kotak. 

"Sudahla, jangan menangis lagi". 

"Lain kali Mahirah mesti kemaskan dan simpan semua permainan selepas bermain." Mahirah rasa sungguh menyesal.

PADAN MUKA MAHIRAH...........

gambar sekadar hiasan

16 May 2011

tentang abang saya

saya ada abang. abang saya bernama shauki.abang suka naik motocross saya pun nanti nak naik motocross juga tapi sekarang dia tak naik dah sebab dia kerja kat KL saya pun rasa tak best la.kalau abang saya balik pun kadang-kadang ja.KL kan jauh.tapi tapi sekarang saya rasa kecewa la sebab bila saya telefon abang saya dia cakap "nanti abang telefon balik" lepastu dia tak telefon pun .kalau dia telefon pun masa saya dah tidur.nanti saya  tunjuk gambar abang saya yang hitam tu,

masa dia kecil

masa berlompat tak pegang handle

nampak tak gigi saya memang tak nampak sebab saya tak  ada gigi

sedia untuk mendaki bukit

tempat pertama jatuh kepada mahirah

handsome tak abang saya. hehehe..tapi dia baik la suka beli macam-macam walaupun saya tengah kecewa.

byebye semua. nanti kita jumpa lagi.nak main game pulak ne.

pertama kali naik kuda

pada hari itu saya pergi sekolah kakak saya.saya pergi bilik darjah kakak saya iaitu 5 cekal.selepas saya turun saya beli burger.lepastu saya duduk kat bawah pokok saya ternampak kuda,kakak saya cakap "kalau tak naik rugi" saya pun cakap balik "ok" saya pun pergi naik.saya naik rasa gayat.lepastu kakak saya cakap best tak., saya   cakap best la.nanti saya letak gambar ok.

takut nak naik

chessee

















ok byebye kawan2. kawan2 kena naik kuda tau. mesti mencuba sebab sangat seronok.